Wednesday, July 18, 2007

MeLayu.. melayu... melayu..





'MeLayu'? 'Menjulang'? - salah siapakah bangsa melayu dikatakan sama makna dengan perkataan melayu.. salah perkataan 'melayu' itukah atau perkataan 'melayu' itu telah menjadikan bangsa melayu ini semakin layu?? Sekiranya kita tidak suka dengan perkataan 'melayu' itu, perkataan apakah yang sesuai untuk menggantikan 'melayu' itu? 'menegak' , 'menaik' , 'menjulang', 'menyerong', malaya atau malays? Biarpun ada perkataan lain yang lebih baik dari 'melayu', ia tetap tidak dapat diterima oleh darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Mahukah kita dipanggil bangsa 'menegak', bangsa 'menaik', bangsa 'menjulang' atau bangsa 'menyerong'. Cuba tanya diri kita adakah kita rela nama 'melayu' itu dibuang.

Walau diceruk dunia manapun kita tinggal, nama melayu itu tidak dapat kita buang... hina sangatkah bangsa melayu ini, mundur sangatkah bangsa melayu ini, lemah sangatkah bangsa melayu ini?? tepuk dada tanya diri sendiri.. dimana kita mahu meletakkan nama melayu ini..

Ingatlah bangsaku.. "tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu umat melainkan ia mengubah nasibnya sendiri..."

UMNO itu untuk orang melayu... berdosakah perjuangan UMNO itu? Hina sangatkah bangsa melayu ini.. sekiranya kita tidak suka kepimpinan seseorang didalam UMNO, mengapa harus membenci semua orang melayu didalamUMNO dengan kekecewaan anda.. pemimpin itu silih berganti.. tetapi perjuangan UMNO tetap satu.. untuk anda yang bernama bangsa MELAYU!!

1 comment:

Indragiri said...

orang-orang melayu harus bangkit menjawab semua tomahan yang dilemparkan lebih-lebih lagi mengenai Agama Islam. Pembangkang yang merupakan orang melayu dan beragama Islam harus sedar bahawa bangsa lain mahu berkuasa di negara ini dan menghapuskan hak kita orang melayu. Marilah kita bersama-sama mempertahankan Agama Islam, Bangsa Melayu mahupun negara Malaysia.